Home » Info Sekolah » Piagam Sekolah

Piagam Sekolah

Kami warga Sekolah Kebangsaan Kg. Titingan bersedia memberikan perkhidmatan yang mesra, adil dan saksama kepada semua pelanggan sebagaimana berikut :

  • Sentiasa bersopan santun, mesra, bersedia menolong menyelesaikan masalah pelanggan dengan pantas dan berhemah.
  • Bersikap terbuka dan sentiasa menerima teguran dan idea yang membina demi kebaikan bersama.
  • Prihatin terhadap anak didik dan tidak akan tunduk kepada sebarang gangguan yang menghalang keharmonian pembelajaran.
  • Memastikan semua anak didik yang meninggalkan sekolah ini dapat menguasai teras KBSR.
  • Memastikan murid berada dalam keadaan selamat.
  • Sentiasa mengutamakan kehendak pelanggan daripada keperluan peribadi.