Home » Prasarana » Bimbingan & Kaunseling

Bimbingan & Kaunseling

PENGENALAN

Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) SK Kg Titingan Tawau diwujudkan pada tahun 1999 dengan Kehadiran En.Nik Jailani Nik Mat yang telah menghadiri beberapa Kursus berkaitan bimbingan dan Kaunseling.Beliau telah mengadakan beberapa program sepanjang bertugas di SK Kg Titingan yang memberi tumpuan kepada murid tahun 6 yang akan menghadapi UPSR.

Setelah berpindah ke Semenanjung, beliau digantikan dengan Pn Rosnanie Mohd Alie pada tahun 2000 yang tidak mempunyai sebarang pengalaman dan Kursus berkaitan bimbingan dan Kaunseling.Hanya berbekalkan pengalaman sebagai Jurulatih Pusat Kokurikulum Negeri Sabah,pihak pentadbir memberi kepercayaan kepada beliau untuk menjalankan tugas sebagai Penyelaras di unit berkenaan.
Unit Bimbingan dan Kaunseling mempunyai bilik sendiri untuk menjalankan aktivitinya dan berkongsi dengan Unit Disiplin Sekolah(UDS) pada ruang yang bersebelahan.Pada awal pembabitan, Penyelaras lebih menumpukan aktiviti kepada murid Tahun 6 sebagaimana yang telah diadakan oleh Penyelaras terdahulu.

Setelah terpilih untuk mengikuti latihan dalam KDP GBSR selama 14 minggu,Penyelaras mula memberikan perubahan dan memberi tumpuan kepada murid-murid ditahap dua.Selain itu juga UBK bekerjasama dengan UDS,Pusat Sumber,dan Unit Pencegahan Dadah dalam melaksanakan sebarang aktiviti yang berkaitan.

UBK berjaya melaksanakan sebarang aktiviti dengan kerjasama guru-guru dan perhatian serta sokongan sama ada berbentuk idea dan peruntukan Kewangan daripada pihak pentadbiran SK Kg Titingan Tawau.

OBJEKTIF

  1. Menyediakan dan merancang program dan aktiviti perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kepada warga sekolah.
  2. Menyediakan perkhidmatan menolong bantu murid dari aspek pengayaan,perkembangan,pencegahan dan pemulihan secara adil dan sama rata.
  3. Memberikan perkhidmatan yang berkesan demi mempertingkatkan,ketrampilan dan konsep kendiri positif murid.