Program Kem Membaca 1 Malaysia
Program Kem Membaca 1 Malaysia peringkat sekolah telah diadakan pada 29 Oktober hingga 4 November 2011.Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti perkampungan bahasa yang melibatkan Persatuan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Diantara objektif program tersebut adalah;
- Mengisi masa lapang murid selepas peperiksaan.
- Memupuk minat membaca secara berterusan.
- Menjadikan Pusat Sumber Sekolah / Perpustakaan Negeri dan Perpustakaan Desa sebagai tempat rujukan bahan bacaan.
Matlamat
- Lebih ramai warga sekolah mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan
- Warga sekolah dapat menjadikan pusat sumber sebagai sumber utama dalam mencemerlangkan minda
- Membina tabiat membaca dalam kalangan murid sekolah dan pembelajaran sepanjang hayat



